Kerajaan Myanmar petang semalam memaklumkan, konflik ketenteraan telah tercetus di kawasan Kokang, utara negeri Shan.
Kumpulan militan telah menyerang kawasan itu dan mengakibatkan kira-kira 30 orang terkorban, termasuk lima orang awam dan lima anggota polis.
Pada ketika ini, konflik tersebut masih belum berakhir.
Penasihat Negara, Aung San Su Kyi semalam menyeru pelbagai pihak yang terlibat menghentikan konflik dan kembali ke meja rundingan agar rakyat di negara itu dapat hidup dengan aman dan damai.








