Setelah Thailand melanjutkan tempoh pengecualian bayaran visa, negara itu tetap popular dalam kalangan pelancong dari provinsi Guangdong, China, terutamanya selepas Tahun Baharu Cina.
Menurut laman web Kedutaan Besar Thailand ke China, pengecualian bayaran visa dan kadar bayaran separuh harga untuk visa ketibaan (VoA) yang sepatutnya tamat pada penghujung bulan Februari lalu akan dilanjutkan hingga 31 Ogos nanti.
Pegawai dari agensi pelancongan Nanhutravel Guangdong, Zeng Dafeng semalam memberitahu wartawan, ekoran dasar tersebut, pelancong yang memohon visa Thailand melalui agensinya dalam tempoh 1 hingga 10 Mac lalu mencatat lebih 1,300 orang.
Pesta Songkran Thailand akan tiba pada 13 hingga 15 April nanti.
Zeng Dafeng berkata, jumlah pelancong ke Thailand dijangka akan meningkat 50 peratus.








