Cari:
Yunnan Sasarkan Pusat Perdagangan Asia Selatan dan Asia Tenggara
2017-03-23 14:37:08 CRI Cetak

Pihak berkuasa provinsi Yunnan, China semalam mengumumkan, Yunnan akan berusaha meningkatkan ekonomi, membuka pintu secara komprehensif serta membina platform kerjasama di pelbagai peringkat dalam usaha untuk menjadi pusat ekonomi dan perdagangan antarabangsa bagi Asia Selatan dan Asia Tenggara.

Yunan bersempadan dengan beberapa negara di Asia Tenggara.

Dalam melaksanakan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R), provinsi itu gigih berusaha meningkatkan hubungan dengan negara-negara di Asia Selatan dan Asia Tenggara.

Selain membina koridor ekonomi Bangladesh-China-India-Myanmar (BCIM), provinsi itu juga telah menganjurkan Ekspo China-Asia Selatan.

Hubungan yang semakin erat antara Yunnan dengan negara-negara di Asia Selatan dan Asia Tenggara turut membantu Yunnan dalam menjayakan program tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China