Aktiviti liputan Pembinaan Bersama Laluan Sutera Maritim Abad ke-21 China-ASEAN menutup tirainya di Jiangxi, China semalam.
Seramai 20 wartawan dari 10 buah negara ASEAN dan wartawan dari China telah menyertai aktiviti liputan itu.
Aktiviti anjuran bersama Jabatan Penerangan Dewan Negara China dan Pusat China-ASEAN dimulakan pada 17 April lalu.
Delegasi lawatan itu telah mengunjungi provinsi Hunan dan Jiangxi, China, memfokuskan perindustrian istimewa tempatan dan hasil kerjasama kedua-dua provinsi dengan negara-negara ASEAN.
Media dari negara ASEAN yang terlibat dalam aktiviti ini termasuklah BERNAMA, Lianhe Zaobao Singapura, Borneo Bulletin Brunei, Khmer Daily Kemboja, Bisnis Indonesia, Daily Mirror Myanmar, Thai Rath Thailand, Vietnam Investment Review, Televisyen Negara Laos, dan Televisyen Negara Filipina.








