Cari:
Tentera Filipina Hapuskan Saki Baki Abu Sayyaf di Bohol
2017-05-16 14:23:51 CRI Cetak

Menurut pihak tentera Filipina, tentera kerajaan dan pasukan polis telah berjaya membunuh dua orang terakhir anggota kumpulan bersenjata Abu Sayyaf di pulau Bohol semalam.

Pihak tentera Filipina memaklumkan bahawa 11 anggota kumpulan bersenjata Abu Sayyaf pernah menyeludup masuk ke pulau Bohol pada April lalu, mereka berniat untuk menjalankan aktiviti penculikan.

Pertempuran berlaku antara tentera kerajaan dengan kumpulan Abu Sayyaf yang mengorbankan empat anggota kumpulan tersebut pada 11 April lalu.

Manakala, empat orang dan seorang lagi dibunuh pada 22 April dan 4 Mei lalu.

Ini adalah kali pertama kumpulan Abu Sayyaf berjaya memasuki kawasan pelancongan penting di Filipina.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China