Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom, Datuk Seri Syed Faisal Albar Syed Ali Rethza Albar berkata, bagaimanapun jenama Proton akan kekal dan bakal mengalami pertumbuhan ketara dengan kehadiran rakan strategik baharu ini.
Katanya, perjanjian itu juga membolehkan Proton mendapat akses kepada pelbagai platform dan enjin di bawah Geely Holding, di samping menembusi pasaran sedia ada pembuat kenderaan China tersebut termasuklah pasaran kereta pemanduan kanan di Asia Tenggara.
sumber: Utusan








