Menurut statistik Kementerian Perdagangan dan Industri Singapura (MTI) semalam, jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara itu meningkat 2.7 peratus pada suku pertama tahun ini, iaitu lebih rendah daripada 2.9 peratus yang tercatat pada suku keempat tahun lalu.
Dimaklumkan, ekonomi Singapura menguncup 1.3 peratus pada suku pertama tahun ini, namun angka itu lebih optimistik daripada jangkaan kerajaan sebelum ini, iaitu menyusut 1.9 peratus.
MTI berpendapat, industri-industri mengenai perdagangan seperti pembuatan, logistik dan lain-lain akan terus menjadi topangan kepada ekonomi Singapura. Jangkaan pertumbuhan KDNK negara itu adalah antara 1 peratus hingga 3 peratus tahun ini.








