Cari:
Persidangan Kedua Panglong Abad ke-21 Myanmar Capai Persepakatan
2017-05-29 13:59:15 CRI Cetak

Persidangan kedua Panglong Abad ke-21 dan Persidangan Kedamaian Persekutuan Myanmar sedang diadakan.

Sekretariat Persidangan Jawatankuasa Bersama Dialog Damai Persekutuan memberitahu wartawan malam kelmarin bahawa persidangan kali ini boleh dikatakan amat berjaya kerana para peserta telah mencapai persepakatan mengenai 33 fasal.

Para peserta telah mencapai persepakatan tentang 33 fasal daripada 41 fasal perjanjian yang dibincangkan yang merangkumi bidang politik, ekonomi, sosial serta kawalan tanah dan sumber semula jadi.

Persepakatan itu dijangka akan dimasukkan dalam perjanjian persekutuan yang bakal ditandatangani pada hari ini.

Menurut maklumat berkenaan, topik keselamatan hanya dibincangkan sahaja, dan masih belum didorong ke fasa penggubalan perjanjian.

Persidangan yang dimulakan di Nay Pyi Taw pada 24 Mei lalu itu turut menyaksikan kehadiran kira-kira lebih 1,400 wakil kerajaan, Parlimen, tentera, parti politik dan kumpulan militan etnik minoriti.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China