Laluan tersebut merupakan laluan kedua yang terus menyambungkan China dengan Asia Tenggara selepas laluan pertama yang dibuka melalui kerjasama Urumqi dengan Lianyungang, Jiangsu.
Menerusi model kerjasama serantau yang lebih optimum, usaha sama ini akan membawa limpahan manfaat jangka panjang termasuk peningkatan kesalinghubungan antara semua pihak terlibat, serta penambahbaikan perkhidmatan pengangkutan kereta api dan laut, dan pelepasan kastam.
Selepas laluan tersebut siap dibina, masa yang diperlukan untuk pengangkutan kargo ke Jepun, Korea Selatan serta rantau Asia Tenggara melalui Pelabuhan Qingdao akan dipendekkan kepada kira-kira 15 hari daripada lebih 30 hari sebelum ini.








