Bank Pusat Thailand baru-baru ini mengeluarkan laporan merumuskan pengalaman dan pengajaran dalam tempoh 20 tahun sejak krisis kewangan melanda negara itu pada 1997.
Laporan tersebut menyingkap kembali situasi pada masa itu serta iktibar yang telah diambil bagi menempuh laluan untuk mewujudkan pembangunan mapan.
Menurut laporan itu, Thailand masih berdepan dengan pelbagai risiko dalam bentuk baharu, maka perlu membentuk pelbagai mekanisme yang berkesan untuk menangani ketidakpastian ekonomi pada masa depan.








