Sebuah pesawat kecil terhempas di kawasan pergunungan wilayah Papua, timur Indonesia semalam. Nasib krew dan penumpang belum diketahui.
Jurucakap Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (BASARNAS), Marsudi berkata, pesawat itu putus hubungan tidak lama selepas berlepas dari lapangan terbang Wamena di Papua pada kira-kira pukul 11 pagi untuk menuju ke Derakma.
Pesawat milik sebuah syarikat swasta itu membawa dua krew dan tiga penumpang serta muatan seberat lebih 500 kilogram. Cuaca buruk disyaki punca kemalangan.








