Dewan Perniagaan dan Industri Cina Singapura (SCCCI)telah membuka sebuah pusat pembangunan dan perkhidmatan perniagaan di Chongqing, China.
Penubuhan pusat tersebut bagi memperkasakan kerjasama perdagangan antara kedua-dua negara, membantu syarikat Singapura meneroka pasaran China, serta syarikat China, khususnya dari bahagian tengah dan barat negara, meneroka pasaran Asia Tenggara.
Pada masa ini, kebanyakan projek yang dibangunkan di Asia Tenggara dan Asia Selatan di bawah rangka inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) melibatkan bidang prasarana.
Kerjasama yang lebih mendalam dijangka membuka pintu kepada syarikat dari bidang lain untuk turut serta dalam projek-projek berkenaan.
Syarikat Singapura akan mendapat peluang perniagaan yang baik di barat China, terutamanya di Chongqing.








