Cari:
LMC Pemangkin Pembangunan
2017-07-25 15:03:50 CRI Cetak

Kerjasama Lancang-Mekong (LMC) telah menampakkan kemajuan sejak dilancarkan pada Mac tahun lalu, membolehkan mekanisme itu memainkan peranan sebagai pemangkin pembangunan negara-negara terlibat.

China berharap dapat bersama-sama Thailand dan negara-negara lain yang terlibat untuk terus menggalakkan LMC.

Demikian ujar Menteri Luar China, Wang Yi dalam sidang media bersama rakan sejawatnya dari Thailand, Don Pramudwinai, di Bangkok semalam.

Wang Yi berkata, LMC merupakan mekanisme kerjasama subkawasan model baharu hasil usaha sama China, Myanmar, Laos, Thailand, Kemboja dan Vietnam. Berbanding mekanisme kerjasama lain, LMC lebih sesuai dengan keperluan negara-negara tersebut, dan memperlihatkan hasrat mereka untuk tolong-menolong secara sama rata serta mewujudkan situasi menang-menang melalui kerjasama.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China