Cari:
Basmi Kemiskinan, Matlamat Bersama China-ASEAN
2017-07-26 14:50:20 CRI Cetak

Forum Pembangunan Sosial dan Pembasmian Kemiskinan China-ASEAN ke-11 dirasmikan di Siem Reap, Kemboja semalam.

Forum itu disertai lebih 120 peserta antaranya pegawai kerajaan, sarjana, usahawan serta tokoh-tokoh dari kalangan media dan pertubuhan bukan kerajaan.

Timbalan Pengarah Pejabat Pembasmian Kemiskinan dan Pembangunan (LGOP), Dewan Negara China, Hong Tianyun dalam ucapannya pada forum itu berkata, pembasmian kemiskinan merupakan matlamat dan juga cabaran bersama bagi China dan negara-negara ASEAN dalam proses pembangunan.

Sebagai negara membangun terbesar, China proaktif sebagai penyaran dan penggalak kepada usaha membasmi kemiskinan dunia.

Sejak pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka 39 tahun lalu, China telah berjaya membantu lebih 700 juta rakyat keluar daripada belenggu kemiskinan melalui pelbagai program. 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China