Wabak selesema burung H5N1 dikesan di Dawei, wilayah Tanintharyi, selatan Myanmar.
Menurut Kementerian Kesihatan dan Sukan Myanmar, lebih 1,800 ekor itik dan ayam dimusnahkan untuk mengelakkan penyebaran wabak tersebut, dan larangan jual beli ayam, itik dan telur telah dikeluarkan. Ujian sampel yang dihantar ke makmal di Yangon, menunjukkan positif virus H5N1.
Sebelum ini, wabak selesema burung telah beberapa kali tercetus di Myanmar, dan ini kali pertama virus itu dikesan di Tanintharyi. Setakat ini, belum ada kes jangkitan manusia dilaporkan.