Menurut Deklarasi Siem Reap itu, perbincangan wakil-wakil dari China dan ASEAN dalam usaha merapatkan ikatan persahabatan di kalangan rakyat dan merintis pembangunan secara damai adalah amat berhasil.
Pihak-pihak berkenaan bersedia untuk terus mengintensifkan komunikasi strategik, mempergiat kerjasama pragmatik, dan membangunkan wadah pertukaran dan kerjasama sosiobudaya sebagai tunggak ketiga bagi memperkukuh hubungan China-ASEAN, sekali gus menggalakkan pembinaan komuniti berkongsi nasib China-ASEAN.
Para anggota ASEAN terlibat turut menyokong menyelaraskan pelan pembangunan negara masing-masing dengan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R).
Persidangan Persahabatan Rakyat China-ASEAN ke-12 dijadualkan di Indonesia pada 2019.








