Cari:
Thailand Lulus Kontrak Rekaan Landasan Kereta Api
2017-08-23 12:58:31 CRI Cetak
Kontrak reka bentuk fasa pertama projek kerjasama landasan kereta api Thailand-China telah diluluskan oleh Kabinet Thailand semalam. Hal ini akan membolehkan kedua-dua pihak menandatangani dokumen yang diperlukan dengan secepat mungkin.

Naib Menteri di Pejabat Perdana Menteri Thailand, Kobsak Pootrakul dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Kabinet semalam berkata, fasa pertama projek tersebut, yang menghubungkan Bangkok dan Nakhon Rachasima, akan menelan kos kira-kira 1.7 bilion Baht (RM218 juta).

Kerja-kerja reka bentuk akan dijalankan oleh syarikat China, dan sebuah jabatan khas akan ditubuhkan untuk memastikan projek berjalan lancar mengikut jadual.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China