Menurut Lembaga Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA), kawasan mencari dan menyelamat (SAR) tiga anak kapal warga China yang hilang dalam tragedi kapal tenggelam pada 13 September lalu telah diluaskan.
Kini, misi SAR tersebut dijalankan bersama oleh pelbagai pihak. Kawasan pencarian di laut telah diluaskan kepada 250 kilometer persegi daripada 130 kilometer persegi, manakala kawasan pencarian di udara telah diluaskan kepada 2,701 kilometer persegi daripada 770 kilometer persegi.
Pada pagi 13 September lalu, sebuah kapal korek yang membawa 11 anak kapal warga China dan seorang anak kapal warga Malaysia tenggelam di kawasan perairan Singapura selepas berlanggar dengan sebuah kapal minyak Indonesia.
Setakat ini, tragedi itu telah mengakibatkan seorang anak kapal China dan seorang anak kapal Malaysia maut manakala tiga lagi anak kapal China hilang. Tujuh yang lain terselamat.








