
Thailand akan mengumumkan tarikh pilihan raya pada tahun depan.
Demikian dikatakan Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-ocha dalam sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump di Washington pada 2 Oktober lalu.
Kedua-dua pemimpin telah bertukar-tukar pandangan mengenai perdagangan bilateral serta keselamatan dan kestabilan rantau Asia Pasifik.
Menurut Prayuth, Thailand dan AS telah sekian lama mengekalkan hubungan diplomatik yang kukuh. Dalam aspek kerjasama keselamatan pula, beliau menyatakan bahawa latihan ketenteraan bersama "Cobra Gold" akan diteruskan.
Menyentuh agenda ekonomi dan perdagangan, Trump berharap Thailand dapat mengimport lebih banyak produk dari AS untuk membantu mengurangkan defisit perdagangan negaranya.
Selain itu, AS juga mahu meningkatkan kerjasama dengan Thailand untuk memerangi jenayah pemerdagangan manusia.








