Mesyuarat menteri-menteri pertahanan ASEAN dengan rakan dialog (ADMM-Plus) ke-4 diadakan di Clark, Filipina semalam, dihadiri menteri sepuluh anggota ASEAN, Menteri Pertahanan China, Chang Wanquan dan wakil dari tujuh rakan dialog lain ASEAN.
Chang berkata, Kongres Kebangsaan ke-19 Parti Komunis China (PKC) menandakan sosialisme bercirikan China telah memasuki era baharu.
Sebagai negara membangun terbesar di dunia, pembangunan China secara damai berkaitan rapat dengan masa depan Asia Pasifik.
China akan mengekalkan pembangunan secara damai dan komited menggalakkan pewujudan komuniti berkongsi nasib sesama insan.
Tambah beliau, tentera China bersedia memperkasakan interaksi dan kerjasama pragmatik dengan tentera negara-negara lain demi kedamaian, kestabilan dan kemakmuran bersama serantau dan dunia.








