Setiausaha Agung Parti Komunis China (PKC) yang juga Presiden China, Xi Jinping ditemui Panglima Besar tentera Myanmar, Min Aung Hlaing di Dewan Besar Rakyat, Beijing semalam.
Xi Jinping berkata, Kongres Kebangsaan ke-19 PKC telah menetapkan pelan tindakan bagi pembangunan sosioekonomi China pada masa depan, di samping memberi kedinamikan kepada pembangunan domestik serta menyediakan peluang baharu bagi pelbagai negara dunia termasuk Myanmar untuk mengadakan kerjasama dengan China.
Xi menegaskan, persahabatan "Paukphaw" China-Myanmar bersejarah lama. Kedua-dua negara harus meningkatkan komunikasi strategik dan menghormati keprinhatian masing-masing. China sentiasa menghormati kedaulatan dan keutuhan wilayah Myanmar, mementingkan proses damai di Myanmar, dan bersedia untuk memainkan peranan yang bersifat membina untuk memelihara keamanan serta kestabilan sempadan kedua-dua negara.
Min Aung Hlaing pula berkata, Myanmar dan China adalah jiran baik. Myanmar mengucapkan terima kasih atas bantuan China dalam pembinaan tentera dan negara Myanmar. Tentera Myanmar bersedia untuk meningkatkan kerjasama pragmatik dengan China demi kesejahteraan rakyat kedua-dua negara.








