Rizab pertukaran asing Indonesia mencatat rekod tertinggi dalam sejarah iaitu USD132 bilion (RM520 bilion) setakat penghujung Januari lalu.
Demikian laporan akhbar Guoji Ribao Indonesia memetik data diumumkan bank pusat negara itu.
Angka terbaharu ini meningkat USD1.8 bilion berbanding bulan sebelumnya.
Menurut bank pusat, rizab ini mampu memenuhi keperluan import seluruh negara selama 8.5 bulan.








