Cari:
Mesyuarat Isu Laut China Selatan China-Filipina di Manila
2018-02-14 13:51:34 CRI Cetak

Mesyuarat kedua Mekanisme Rundingan Dua Hala Isu Laut China Selatan melibatkan China dan Filipina telah diadakan di Manila semalam.

Naib Menteri Luar China, Kong Xuanyou dan Naib Setiausaha Jabatan Hal-ehwal Luar Filipina bagi urusan dasar, Enrique Manalo mengetuai delegasi masing-masing ke mesyuarat itu.

Kedua-dua pihak menegaskan pentingnya mesyuarat kali ini dan menganggap mekanisme berkenaan membantu menggalakkan perkembangan stabil hubungan dua hala.

Kedua-dua pihak menekankan semula pelaksanaan Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DOC) dengan berkesan dan menyeluruh.

Rundingan mengenai dokumen Kod Tatalaku di Laut China Selatan (COC) akan diadakan pada awal bulan Mac mengikut konsensus yang dicapai dalam Mesyuarat Pemimpin China-ASEAN ke-20.

Mesyuarat ketiga rundingan tersebut dijangka akan diadakan di China pada setengah kedua tahun ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China