Cari:
Najib Sertai Sambutan TBC MCA
2018-02-16 14:38:21 CRI Cetak

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak menyertai kira-kira 1,000 rakyat tempatan memeriahkan majlis Rumah Terbuka MCA sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Wisma MCA, Jalan Ampang pagi tadi.

Mengenakan baju batik merah, Perdana Menteri yang diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, tiba ke majlis itu kira-kira jam 9.50 pagi.

Perdana Menteri disambut Timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong serta barisan pemimpin MCA.

Najib serta pemimpin lain kemudian diiringi ke pentas bagi menyempurnakan acara menyiram bonsai sebagai permulaan sambutan Tahun Baharu Cina.

---Bernama

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China