Cari:
Duterte: Filipina Tidak Akan Sertai Perang Diketuai AS
2018-02-24 13:57:58 CRI Cetak

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte kelmarin menyatakan bahawa dalam penggal perkhidmatannya, tentera Filipina tidak diizinkan menyertai perang di seberang laut yang diketuai Amerika Syarikat (AS).

Keputusan tersebut akan dimaklumkan kepada pihak AS.

Lapor rangkaian televisyen GMA memetik kenyataan Duterte bahawa Filipina pernah menyertai Perang Iraq yang dilancarkan kerajaan George W. Bush. Tanah Iraq diceroboh, namun tiada sebarang senjata pemusnah besar-besaran (WMD) ditemui.

Kata beliau, Filipina juga pernah terlibat dalam kempen AS di medan Perang Korea dan Perang Vietnam. Dua perang itu sebenarnya tidak ada kena-mengena dengan Filipina.

Sebelum ini, AS dalam satu laporan risikan melabelkan Duterte sebagai ancaman terhadap demokrasi dan hak asasi manusia. Hal itu mencetuskan kemarahan pihak Filipina.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China