Cari:
Masa Depan Hubungan China-Indonesia Lebih Cerah
2018-02-28 13:34:20 CRI Cetak

Satu jamuan sempena pelantikan rasmi Duta Besar baharu China ke Indonesia, Xiao Qian diadakan di Jakarta semalam.

Xiao dalam ucapannya berkata, China akan berusaha bersama-sama dengan Indonesia untuk menggalakkan kerjasama dan persahabatan dua hala supaya masa depan kedua-dua negara lebih cerah.

Kata beliau, Indonesia adalah negara berpengaruh besar di rantau ini bahkan dunia. Di bawah pimpinan presiden Joko Widodo, situasi politik negara itu stabil, masyarakat harmoni, dan ekonomi mengekalkan pertumbuhan pesat. Sebagai negara jiran, China berasa gembila melihat pencapaian rakyat Indonesia.

Beliau menambah, kemajuan China bukan sahaja memberi manfaat kepada rakyatnya sendiri, malah juga seluruh dunia.

Pada era baharu ini, hubungan China-Indonesia juga berdepan peluang baharu. China bersedia bersama-sama negara itu, menyelaraskan strategi dan mewujudkan pembangunan bersama, berganding bahu untuk menggalakkan integrasi serantau, membentuk hubungan antarabangsa model baharu dan membuat sumbangan lebih besar bagi kedamaian, kestabilan dan kemakmuran dunia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China