Kerajaan provinsi kepulauan Bangka Belitung, Indonesia mahu memanfaatkan kerjasama pelancongan dengan China untuk menarik kedatangan pelancong dari negara sumber pelancong terbesar di dunia itu.
Gabenor Bangka Belitung, Erzaldi Rosman Djohan mengatakan demikian dalam pertemuan dengan delegasi industri penerbangan dan pelancongan China di Pangka Pinang semalam.
Kata beliau, kerajaan dan penduduk Bangka Belitung mengalu-alukan kedatangan pelancong dari China, dengan menjanjikan pemandangan indah, makanan sedap, dan budaya istimewa.
Bangka Belitung hanya 40 minit penerbangan dari Jakarta, terkenal dengan pemandangan tropika serta kepelbagaian budaya dan adat resam asli.