Simbol tenaga, kepantasan dan semangat yang tidak pernah luntur. Seperti kuda yang gagah berlari pantas ke hadapan, tahun ini mengajak kita untuk bergerak pantas, berani mencuba dan terus mara tanpa ragu.
Influencer, Content Creator adakah kita panggil sebagai kerjaya baharu muncul? Kenapa saya bertanya sebab hari ini kita nak bercakap mengenai kerjaya baharu muncul di China. Sebab di China sekarang ini memang kita nampak ada kemunculan pelbagai kerjaya baharu dalam pelbagai bidang khususnya kecerdasan buatan (AI), Automotif, teknologi dan inovasi dan banyak lagi.
Jumlah pengunjung bagi aktiviti ais dan salji pelancongan musim sejuk di China dijangka mencecah 360 juta orang dengan nilai pendapatan sebanyak RMB450 bilion.Data tersebut dikeluarkan menerusi "Laporan Pembangunan Pelancongan Ais dan Salji China (2026)" yang diterbitkan oleh Institut Penyelidikan Pelancongan China sempena Persidangan Pembangunan Pelancongan Ais dan Salji 2026 di Harbin baru-baru ini.
Universiti Warga Emas dibina oleh Kementerian Pendidikan China, sebagai platform perkongsian sumber pendidikan warga emas dan perkhidmatan awam di seluruh negara, yang bertanggungjawab meliputi pendidikan warga emas, latihan kemahiran, dan pemeliharaan budaya.
Format drama mikro yang dipelopori oleh pemain industri hiburan di China membuka lembaran baharu dalam penghasilan karya kreatif, bukan sahaja memenuhi permintaan penonton, malah mampu merangsang pertumbuhan ekonomi secara langsung.
Kota Kuno Kashi atau Kashgar, wilayah Xinjiang merupakan sebuah bandar purba yang menyimpan nilai sejarah hampir 2,000 tahun sekali gus menjadi khazanah yang cukup berharga buat wilayah Xinjiang dan China sendiri.
Episod kali ini menumpukan Koridor Perdagangan Darat-Laut Antarabangsa Baharu di babagian Barat China. Ia merupakan rangkaian logistik strategik yang dibangunkan China bagi menghubungkan wilayah barat China dengan pasaran global melalui gabungan pengangkutan darat (kereta api & jalan raya) dan laluan laut.
Bandar Nanning dan Liuzhou, wilayah Zhuang Guangxi yang berani, penuh inovasi namun masih mengekalkan jiwa tradisi. Kehebatan dan keindahan Nanning dan Liuzhou saling melengkapi, menjadikan eksplorasi di Guangxi terasa lebih hidup dan mengagumkan.
Kepada pencinta budaya, sejarah, geng-geng ekplorasi dan khususnya mereka yang nak menyelami sejarah awal tamadun China, saya ada lokasi best untuk anda semua. Tempat ini mungkin tidak sepopular Beijing, Shanghai, Xi’an, Yunnan dan lain-lain tetapi lokasi ini mempunyai tarikan dan keunikannya yang tersendiri. Malah di lokasi ini masih menyimpan bukti-bukti kewujudan tamadun awal China.
Jom kita mengikuti Satria Zhang ke bandar Chengdu, provinsi Sichuan, barat daya China untuk mengunjungi syarikat CRP Robot yang merupakan sebuah syarikat robotik ditubuhkan oleh 5 mahasiswa pada 13 tahun yang lalu, dan sekarang ia sudah berjaya menguasai sebahagian besar pasaran di China.
Bandar Aksu, wilayah Xinjiang terletak di pinggir Gurun Taklamakan. Epal Aksu merupakan kejayaan komuniti di kawasan berkenaan yang mengubah landskap sosial ekonomi penduduk tempatan.
China dan Malaysia bersetuju bekerjasama dalam pencalonan multinasional bagi memasukkan tarian singa dalam Senarai Wakil Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan, Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada tahun lalu.
Episod ini kita nak bercakap mengenai provinsi Zhejiang, khususnya bandar Hangzhou, yang merupakan bandar teknologi dan e-dagang China dan menjadi pusat kepada syarikat-syarikat gergasi digital seperti Alibaba Group, Hellobike, Zhejiang Geely Holding Group, Hikvision dan banyak lagi,
Anugerah Panda Emas edisi ke-2 yang berlangsung dengan meriah di bandar Chengdu, provinsi Sichuan menampilkan tiga acara utama iaitu Forum Kebudayaan Antarabangsa dan Malam Panda Emas serta kemuncaknya adalah Gala Malam Emas.
Kuih bulan berasal dari China, dan sejarahnya berkait rapat dengan Perayaan Pertengahan Musim Luruh yang disambut setiap tahun pada hari ke-15 bulan ke-8 dalam kalendar lunar.
Dalam episod Edisi Asia kali ini, Fawzan Azmie berkongsi kisah-kisah dan pengalaman yang menyentuh hati ketika berada di wilayah Xinjiang untuk terlibat dalam penggambaran dokumentari "Magis Rentak Xinjiang".