Kementerian Luar Filipina pada 19 November lalu menegaskan, jumlah perdagangan Filipina-China pada 9 bulan pertama tahun ini telah melebihi jangkaan dan mungkin lebih tinggi berbanding sasaran yang ditetapkan pada tahun 2005, iaitu 10 bilion dolar Amerika.
Pemangku Menteri Luar Filipina menegaskan, berdasarkan statistik Kedutaan Besar Filipina di China, perdagangan Filipina-China berdinamik tinggi dan berpotensi besar, ini bermanfaat untuk pertumbuhan ekonomi Filipina.
Beliau berkata, hubungan ekonomi dan perdagangan Filipina-China telah mengeratkan hubungan dua hala kedua-dua negara dan telah meletakkan dasar yang kukuh untuk meningkatkan hubungan kerjasama yang lebih meluas. Dijangka pada penghujung tahun ini, China akan menjadi rakan perdagangan ke-3 terbesar Filipina selain A.S. dan Jerman.
Berdasarkan statistik kastam China, jumlah perdagangan China-Filipina mencapai 9.35 bilion dolar Amerika pada Januari hingga September lalu, meningkat 45.3% berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
Jumlah lebihan perdagangan Filipina mencapai 3.12 bilion dolar Amerika, jumlah eksport ke China mencapai 6.23 bilion dolar Amerika. Barangan eksport Filipina ke China termasuk barangan semikonduktor, logam tembaga, alat ganti mesin, petroleum, pisang segar dan kelapa sawit. China merupakan pasaran eksport terbesar logam tembaga dan pasaran kedua terbesar pisang segar Filipina. Selain itu, jumlah eksport buah-buahan tropika seperti mangga dan betik dari Filipina juga banyak dieksport ke China.
Pada tempoh yang sama, jumlah eksport barangan dari China ke Filipina mencapai 3.11 bilion dolar Amerika, meningkat 45.9% berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Barangan eksport China itu ialah mesin, perabot, petroleum, alat ganti kenderaan, besi dan besi waja serta plastik.
Pemangku Menteri Luar Filipina menegaskan, perkembangan perdagangan Filipina-China bersesuaian dengan matlamat lawatan Presiden Arroyo ke China pada 1 hingga 3 September lepas. Kami berkeyakinan akan mencapai matlamat yang ditetapkan oleh pemimpin kedua-dua negara, iaitu jumlah perdagangan kedua-dua negara akan mencapai 20 bilion dolar Amerika.
1 2 3
|