Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-12-02 15:55:07    
Berita Ekonomi dan Perdagangan China-ASEAN.

CRI

Menurut Agensi Berita China, China dan Thailand masing-masing telah mendapat faedah daripada dasar bebas tarif buah-buahan dan sayur-sayuran China-Thailand dalam tempoh setahun lalu. Naib Ketua Bahagian Kerjasama Antarabangsa Kementerian Pertanian China Encik Li Zhengdong memaklumkan, keuntungan Thailand lebih besar berbanding China, jumlah kurangan perdagangan buah-buahan dan sayur-sayuran China mencapai 350 juta dolar Amerika.

Dalam Forum Menyingkap Kembali dan Memandang Masa Depan Pelaksanaan Bebas Tarif Buah-buahan dan Sayur-sayuran China-Thailand dalam tempoh setahun yang diadakan di Yunnan China tidak lama dahulu, Li Zhengdong menyatakan, China dan Thailand masing-masing mendapat faedah daripada dasar bebas tarif tersebut. Keuntungan Thailand lebih besar.

Beliau berkata, jumlah eksport buah-buahan dan sayur-sayuran dari China ke Thailand dalam tempoh setahun ini mencapai 179 ribu tan, jumlah nilainya mencapai 69.83 juta dolar Amerika. Di samping itu, jumlah eksport dari Thailand ke China mencapai 2.81 juta tan, jumlah nilainya mencapai 420 juta dolar Amerika.

Li Zhengdong menyatakan, pada Oktober 2003 sehingga penghujung September 2004, jumlah kurangan perdagangan buah-buahan dan sayur-sayuran China-Thailand mencapai hampir 350 juta dolar Amerika, menempati 71% jumlah import-eksport pada tempoh yang sama.

Beliau berpendapat, punca perdagangan yang tidak seimbang diakibatkan dengan harga buah-buahan Thailand ke China telah menurun 18%, daya saingan buah-buahan tropika Thailand terus meningkat.

Dimaklumkan, China-Thailand akan kekal menjadi rakan perdagangan buah-buahan dan sayur-sayuran yang penting, jenis buah-buahan dan sayur-sayuran kedua-dua pihak tersebut saling melengkapi. China banyak mengeksport apel dan pir ke Thailand, Thailand banyak mengeksport durian, laici dan buah-buahan tropika yang lain ke China.

----Andika


1  2  3