Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-12-02 15:55:07    
Berita Ekonomi dan Perdagangan China-ASEAN.

CRI

Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew pada 20 November lalu menegaskan, jumlah besar barangan import dari China tidak menjejaskan industri Malaysia, industri pembuatan dan perdagangan Malaysia tetap mempunyai masa depan yang cerah.

Beliau menyatakan, walaupun Malaysia banyak mengimport barangan dari China dan beberapa perusahaan asing telah memindahkan kilang mereka dari Malaysia, tetapi berdasarkan statistik perkembangan, itu tidak membimbangkan industri pembuatan Malaysia.

Tan Yee Kew menegaskan, walaupun barangan China lebih murah dan beberapa perusahaan asing telah memindahkan kilang mereka dari Malaysia, tetapi masa depan industri pembuatan dan eksport Malaysia tetap baik. Ini kerana Malaysia mempunyai daya saing yang tinggi, seperti politiknya stabil, taraf pekerja mahirnya tinggi, rakyat Malaysia menguasai bahasa asing, terdapat kemudahan infrastruktur yang baik, kualiti barangan yang bermutu serta kerajaan Malaysia melaksanakan dasar keutamaan untuk perusahaan asing. Beliau menegaskan, selain industri pembuatan, terdapat banyak perusahaan antarabangsa dan pusat pembelian barangan menubuhkan pejabat mereka di Malaysia. Pada 9 bulan pertama tahun ini, sebanyak 188 perusahaan serantau dan antarabangsa menubuhkan ibu pejabatnya di Malaysia, ini telah menyediakan banyak peluang kerja kepada rakyat tempatan.

1  2  3