Cari:
Antara Panda dan Sistem Pengairan Tertua di Dunia
2011-09-20 09:52:48 CRI Cetak

Pada sebelah petang, kami ke projek sistem pengairan Dujiangyan yang merupakan satu lagi lambang kehebatan dan keagungan tamadun China yang wujud hingga ke hari ini.

Ia adalah sistem pengairan yang dibina di sungai Min pada tahun 256 Sebelum Masihi. Itu adalah 2,267 tahun yang lalu!

Bila difikir-fikirkan, saya memang terasa amat kagum dengan Pemerintah Qin iaitu Li Bing yang menjadi jurutera kepada pembinaan sistem itu. Bayangkan bagaimana beliau boleh terfikir untuk menyelesaikan masalah banjir yang dihadapi penduduk di waktu itu dan pada masa yang sama mengairi kawasan sekitar Chengdu sekaligus menaikkan nilai ekonomi melalui kegiatan pertanian.

Menerusi sistem itu, aliran sungai Min dipecahkan kepada dua bahagian iaitu luar dan dalam dengan cara membina daik di tengah-tengahnya menggunakan batu-batu yang diisi ke dalam bekas panjang diperbuat daripada buluh serta diteguhkan menggunakan batang pokok yang di susun menjadi seperti bentuk piramid kaki tiga.

Di musim kering, air akan mengalirkan sepenuhnya ke sungai bahagian dalam yang kemudian masuk ke rangkaian terusan yang kompleks untuk mengairi kawasan pertanian. Manakala sewaktu musim banjir, air akan secara automatik dilimpahkan ke sungai bahagian luar yang merupakan sungai asal yang kemudian mengalir ke sungai Yangtze.

1 2 3 4 5
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China