Cari:
Antara Panda dan Sistem Pengairan Tertua di Dunia
2011-09-20 09:52:48 CRI Cetak

Sistem itu direka dengan sangat baik sehinggakan pasir dan batu-batu yang hanyut semasa banjir tidak akan mendap ke dalam sungai bahagian dalam hingga mencetekkan dasarnya. Sebaliknya 95 peratus pasir dan batu akan hanyut dengan sendiri ke sungai bahagian luar melalui tiga peringkat pengasingan yang berfungsi secara semulajadi.

Pembinaan sungai bahagian dalam juga menunjukkan kepintaran kejuruteraan kerana laluannya yang merentasi gunung. Bayangkan bagaimana hendak memecahkan batu-batu gunung pada zaman di mana bahan peletup belum wujud lagi.

Li Bing mengambil masa hingga lapan tahun untuk menyiapkan terusan selebar 20 meter merentasi gunung dengan cara membakar batu-batu itu dan menyiramnya dengan air berulang-ulang sehingga ia pecah.

Mungkin tanpa sistem pengairan Dujiangyan ini, Chengdu tidak akan maju seperti hari ini, malah mungkin juga dilanda banjir pada setiap tahun.

Keunikannya diiktiraf UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia dan merupakan sistem pengairan tertua di dunia yang masih digunakan sehingga kini.

Kekaguman kepada kebijaksanaan manusia di masa dahulu menaikkan semangat kita untuk memberi sumbangan yang terbaik untuk generasi masa akan datang, contohnya dengan memastikan kelangsungan hidup beruang panda dan panda merah.


1 2 3 4 5
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China