v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Sukan China Capai Kejayaan Besar pada Tahun 2005

2006-01-05 14:46:17 CRI

Pada tahun 2005, atlet China telah meraih 28 pingat emas dunia dan jumlah pemerolehan pingat emas berkurangan sedikit daripada A.S. dan Rusia. China terus mengekalkan kedudukan yang unggul dalam acara ping pong, badminton, junam, menembak dan lain-lain. Dalam Kejohanan Ping Pong Dunia Shanghai yang diadakan pada bulan Mei lalu, pasukan China telah meraih semua pingat emas dalam lima acara. Dalam Pertandingan Kumpulan Acara Badminton Beregu Campuran Piala Sudirman yang diadakan di Beijing pada bulan Mei lalu, pasukan China mengalahkan pasukan Indonesia dan menjadi johan. Di samping itu, dalam masa yang sama pasukan badminton China juga menjadi pasukan pertama yang meraih pingat emas Piala Thomas, Piala Uber dan Piala Sudirman. Dalam Kejohaan Renang Dunia yang diadakan di Montreal Kanada pada bulan Julai lalu, pasukan junam China meraih lima pingat emas antara 10 acara sukan air dan sekali lagi memperkukuh kedudukannya dalam acara tersebut.

Pada tahun 2005, atlet China juga turut mencapai kejayaan besar dalam acara yang kurang hebat. Khususnya petinju China Zou Shiming meraih pingat emas dalam pertandingan bagi kategori 48 kilogram dalam Kejohanan Tinju Dunia ke-13 yang diadakan di Bandar Mianyang, provinsi Sichuan China pada bulan November lalu. Sehubungan dengan itu, rakyat China ternanti-nantikan petinju China meraih pingat emas dalam Sukan Olimpik Beijing 2008. Naib Pengerusi Jawatankuasa Sukan Olimpik China Encik Cui Dalin menyatakan, "Dalam pertandingan tersebut, Zou Shiming telah meningkatkan prestasinya sendiri dan memenangi pertandingan tersebut dengan keunggulan yang besar. Kejayaan yang dicapai oleh Zou Shiming tersebut telah meningkatkan keyakinan terhadap arena sukan tinju China dan meningkatkan hasrat China untuk mencapai kejayaan cemerlang dalam Sukan Olimpik Beijing 2008."

Atlet China Qian Zhenhua telah memenang pingat emas dalam acara dekatlon lelaki Kejohanan Dunia 2005 yang diadakan di Poland pada bulan Ogos lalu. Pingat emas itu merupakan pingat emas pertama yang dicapai oleh pasukan China dalam Pertandingan Dekatlon Kejohanan Dunia dan juga merupakan pingat emas pertama yang diraih oleh negara Asia.

Atlet olahraga China Liu Xiang yang berumur 21 tahun telah memperoleh Anugerah Pendatang Baru Laureus atas kejayaan yang dicapainya dalam Sukan Olimpik Athens. Liu Xiang merupakan atlet China kedua yang memperoleh anugerah tersebut. Pemain bola keranjang China Yao Ming pernah memperoleh anugerah tersebut pada tahun 2003.

1  2  

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |