v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Sukan China Capai Kejayaan Besar pada Tahun 2005

2006-01-05 14:46:17 CRI

Pada tahun 2005, peserta yang mengagumkan semua arena sukan China ialah pemain snuker Ding Junhui yang berumur 18 tahun. Beliau telah meraih dua pingat emas dalam tempoh lapan bulan iaitu johan Pertandingan Terbuuka Snuker China dan johan Kejohaan Snuker Britain. Selepas menjadi johan dalam Kejohanan Snuker Britian, beliau berkata, "Kemenangan tersebut merupakan kejayaan besar yang saya capai. Kejohaan Snuker Britain merupakan pertandingan kedua terpenting di dunia. Saya menyertai pertandingan itu dari peringkat paling rendah dan ini telah meningkatkan kepercayaan saya. Saya juga turut meningkatkan pengalaman dan prestasi saya sendiri."

Dalam tahun 2005, persiapan Sukan Olimpik Beijing 2008 juga berjalan lancar. Pada 26 September lalu, slogan Sukan Olimpik Beijing 2008 diumumkan secara rasmi. Anggota Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China Li Changcun mengumumkan, "Slogan Sukan Olimpik Beijing 2008 ialah 'Satu Dunia, Satu Impian'".

Selain itu, maskot Sukan Olimpik Beijing 2008 yang dipanggil Frendlies telah ditetapkan sempena 1000 hari menjelang Sukan Olimpik Beijing 2008. Anak patung maskot laris dijual di China. Pembinaan pelbagai stadium juga turut berjalan lancar.


1  2  

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |