Tahun ini merupakan ulang tahun ke-15 penjalinan hubungan rakan dialog China-ASEAN dan juga ditetapkan sebagai "Tahun Persahabatan China-ASEAN". Pemimpin China dan pelbagi negara anggota ASEAN akan berhimpun di Nanning, Guangxi China bagi menghadiri Sidang Kemuncak Perdagangan dan Pelaburan China-ASEAN yang diadakan pada 31 Oktober nanti.
Sidang Kemuncak Perdagangan dan Pelaburan China-ASEAN itu telah diadakan sebanyak dua kali pada tahun 2004 dan 2005 serta mencapai kejayaan yang amat cemerlang dalam mendorong kerjasama perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua pihak.
Pemimpin negara-negara berkenaan yang menghadiri Sidang Kemuncak China-ASEAN Ke-5 yang diadakan di negara Brunei pada November tahun 2001 telah mencapai kata sepakat tentang menubuhkan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN dan turut memulakan rundingan tentang perkara tersebut. Dalam konteks ini, saluran pertukaran antara kedua-dua pihak menjadi amat diperlukan bagi mendorong kerjasama secara menyeluruh China-ASEAN. Perdana Menteri China, Wen Jiabao telah mengemukakan anjuran pada tahun 2003 tentang mengadakan Sidang Kemuncak Perdagangan dan Pelaburan China-ASEAN setahun sekali. Anjuran beliau itu turut mendapat sambutan yang amat baik daripada pelbagai negara ASEAN.
Selepas itu, Wialayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi China telah ditetapkan sebagai lokasi kelal bagi menganjurkan sidang kemuncak tersebut memandangkan Guangxi mempunyai kelebihan dari segi lokasinya yang memudahkan komunikasi antara kedua-dua pihak serta kebudayaan dan adat resamnya yang berhampiran dengan negara-negara ASEAN. Kerjasama yang dijalankan dengan amat berkesan oleh China dan pelbagai negara ASEAN telah memainkan peranan penting bagi menjayakan sidang kemuncak yang telah diadakan sebanyak dua kali sebelum itu.
1 2
|