v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Sidang Kemuncak Perdagangan dan Pelaburan China-ASEAN Menarik Perhatian Pelbagai Pihak

2006-10-19 14:50:05 CRI

Isu Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN tetap dianggap sebagai topik utama dalam Sidang Kemuncak Perdagangan dan Pelaburan China-ASEAN. Penubuhan kawasan perdagangan bebas itu bukan sahaja mempunyai erti yang amat penting bagi memperkukuh kerjasama persahabatan China-ASEAN, tetapi juga berfaedah kepada pembangunan ekonomi serta peningkatan daya persaingan perusahaan di pelbagai negara yang berkenaan serta pertukaran dan kerjasama antara pelbagai pihak dalam bidang tenaga profesional, pengedaran barangan, modal dan komunikasi maklumat. Unsur-unsur yang menjadikan Sidang Kemuncak Perdagangan dan Pelaburan China-ASEAN menarik perhatian pelbagai pihak ialah sifatnya yang pragmatik dan mengesyorkan dialog diadakan secara sama rata antara pegawai kerajaan dengan kalangan industri dan perdagangan.

"Keperluan dan masa depan yang sama" ditetapkan sebagai tema bagi Sidang Kemuncak Perdagangan dan Pelaburan China-ASEAN Ke-3. Kerjasama ekonomi dan perdagangan China-ASEAN telah mencapai kemajuan yang amat besar dalam tempoh 15 tahun lalu. Pembangunan masyarakat kaya yang kini diusahakan oleh kerajaan China dan peningkatan hubungan antara pelbagai negara anggota ASEAN telah menyediakan asas yang amat baik kepada kerjasama ekonomi dan perdagangan dan perkembangan hubungan kerjasama dialog China-ASEAN pada masa akan datang.

Dimaklumkan bahawa masing-masing 500 orang peserta dari China dan pelbagai negara ASEAN akan menghadiri Sidang Kemuncak Perdagangan dan Pelaburan China-ASEAN Ke-3. Pemimpin China dan negara ASEAN akan berhimpun di Nanning pada penghujung bulan Oktober ini bagi merayakan ulang tahun ke-15 penjalinan hubungan rakan dialog China-ASEAN dan menyampaikan ucapan mereka semasa menghadiri Sidang Kemuncak Perdagangan dan Pelaburan China-ASEAN. Perkara ini akan membolehkan dialog antara kerajaan dengan perusahaan dan kalangan sarjana meningkat ke satu tahap yang lebih tinggi. Di samping itu, "Pelan Tindakan Bersama Kalangan Industri dan Perdagangan China-ASEAN 2006" yang akan ditandatangai dalam sidang kemuncak kali ini dianggap akan mempercepat lagi proses kerjasama China-ASEAN yang dijalankan dalam pelbagai bidang.


1  2  

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |