v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Siri Sidang Kemuncak Diadakan dengan Jayanya di Cebu, Filipina

2007-01-18 16:08:37 CRI

Siri Sidang Kemuncak ASEAN dan Sidang Kemuncak Asia Timur Kedua telah diadakan dengan jayanya di Cebu, Filipina pada 13 hingga 16 Januari lalu. Pemimpin pelbagai negara ASEAN dalam Sidang Kemuncak ASEAN Ke-12 tersebut telah meluluskan perisytiharan bagi menggubal draf Piagam ASEAN dan bersetuju untuk menubuhkan satu pasukan petugas peringkat tinggi yang dipertanggungjawabkan untuk menyedaikan darf piagam tersebut. Penggubalan Piagam ASEAN dianggap merupakan sesuatu kejayaan besar yang dicapai oleh pelbagai negara ASEAN kerana piagam tersebut dapat menyediakan asas supaya ASEAN mempunyai kod etikanya sendiri. Selain itu, para pemimpin ASEAN juga telah mengadakan perbincangan yang meluas tentang cabaran-cabaran yang dihadapi dalam bidang pembangunan politik, ekonomi, sosial dan keselamatan bukan tradisional. Para peserta telah menandatangani perisytiharan tentang usaha menubuhkan Komuniti ASEAN menjelang tahun 2015 dan melindungi kepentingan pekerja yang mencari rezeki di negara-negara ASEAN. Di samping itu, konvensyen pertama ASEAN dalam bidang antikeganasan telah ditandatangani dalam Sidang Kemuncak ASEAN Ke-12 kali ini.

Selepas itu, sidang kemuncak antara ASEAN dengan rakan dialognya, iaitu China, Jepun, Republik Korea, India dan lain-lain telah diadakan di Cebu pada 14 Januari lalu. Perdana Menteri China, Wen Jiabao dan pemimpin pelbagai negara ASEAN dalam Sidang Kemuncak China-ASEAN (10+1) kali ini telah memberikan penilaian yang positif terhadap hasil kerjasama yang dicapai oleh kedua-dua pihak pada tahun lalu. Kedua-dua pihak juga telah menandatanani "Perjanjian Perdagangan Sektor Perkhidmatan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN" dan "Pelan Tindakan Perisytiharan Beijing yang Mengembangkan Hubungan Rakan dalam Bidang Teknologi Maklumat Komunikasi Maklumat China-ASEAN" serta melanjutkan "Memorandum Persefahaman Kerjasama Pertanian China-ASEAN". Antaranya "Perjanjian Perdagangan Sektor Perkhidmatan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN" yang akan berkuat kuasa mula bulan Julai tahun ini mempunyai erti yang amat penting bagi memperdalam kerjasama antara kedua-dua pihak. Berdasarkan perjanjian tersebut, pelbagai pihak akan memberikan keutamaan antara satu sama lain dalam perdagangan sektor perkhidmatan yang meliputi bidang perkhidmatan pengkomputeran, projek pembinaan, pelancongan, komunikasi, pendidikan, kesihatan, hiburan, persekitaran sumber tenaga dan lain-lain.

Sidang Kemuncak ASEAN-China, Jepun dan Republik Korea yang diadakan pada 14 lalu juga telah menarik perhatian orang ramai. Sidang kemuncak itu dipengerusikan oleh Presiden Filipina yang merupakan negara pengerusi bergilir ASEAN, Gloria Macapagal Arroyo. Perdana Menteri China, Wen Jiabao dalam sidang kemuncak itu telah menyampaikan ucapan yang bertujuk "Berusaha Bersama-sama Membangun Asia-Timur yang Harmoni berdasarkan Kedamaian dan Kemakmuran." Wen Jiabao dalam ucapannya telah mengemukakan cadangan lima perkara tentang peningkatan kerjasama 10+3 pada masa akan datang, iaitu mengintensifkan perancangan strategik, memperkukuh kerjasama dalam bidang ekonomi, perdagangan dan kewangan, mendorong kerjasama keselamatan, memperluas kerjasama sosiobudaya sosial dan meningkatkan kerjasama kesihatan awam.

Pemimpin pelbagai negara yang menghadiri sidang kemuncak kali ini menyatakan bahawa kerjasama "10+3" telah mencapai hasil yang ketara dan merupakan satu mekanisme penting yang mendorong kerjasama serantau. Mereka juga mencadangkan supaya ditingkatkan kerjasama dalam bidang perdagangan, kewangan, sumber tenaga, sains dan teknologi, modal insan dan pembinaan infrastruktur.

1 2

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |