Selepas itu, Perdana Menteri China, Wen Jiabao dan pemimpin negara anggota ASEAN, Jepun, Republik Korea, India, Australia dan Newzealand telah menghadiri Sidang Kemuncak Asia Timur Ke-2 di Cebu pada 15 Januari lalu. Pemimpin pelbagai negara telah menyampaikan ucapan masing-masing yang menghuraikan kerjasama Asia Timur, isu keselamatan sumber tenaga, kewangan, pendidikan dan penanganan bencana.
Sebagai salah satu agenda penting dalam Sidang Kemuncak Asia Timur Ke-2, pemimpin pelbagai negara telah menandatangani "Perisytiharan Cebu tentang Keselamatan Sumber Tenaga Asia Timur" untuk mengemukakan matlamat dan langkah-langkah konkrit kerjasama sumber tenaga serantau. Perisytiharan itu menegaskan bahawa bekalan sumber tenaga yang mencukupi dan boleh dipercayai amat penting kepada perkembangan berterusan ekonomi dan peningkatan daya saing negara-negara serantau. Perisytiharan itu mencadangkan supaya negara-negara serantau menjalinkan kerjasama sumber biofuel dan tenaga hidro yang boleh dikitar semula sebagai usaha penting dalam dasar sumber tenaga dan berusaha bersama-sama untuk menjamin keselamatan sumber tenaga. 1 2
|