v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pembangunan Zon Ekonomi Teluk Beibu Manfaatkan China-ASEAN

2007-02-08 14:47:15 CRI

Teluk Beibu di bahagian selatan China berdekatan dengan pelbagai negara ASEAN, seperti Vietnam, Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina dan Brunei. Seiring dengan penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN, kerjasama ekonomi di kawasan Teluk Beibu telah memperlihatkan makna yang semakin penting bagi kedua-dua pihak China-ASEAN.

Akhbar Harian Renminribao yang merupakan salah sebuah akhbar utama di China baru-baru ini telah mengeluarkan rencana pengarang yang bertajuk: "Berusaha Bersama-sama Menjayakan Kawasan Teluk Beibu". Dalam rencana itu dinyatakan bahawa mempercepat langkah pintu terbuka dan penerokaan di kawasan sepanjang Teluk Beibu di Guangxi, China mempunyai makna strategik yang penting bagi mendorong kerjasama ekonomi di kawasan tersebut.

Rencana itu berbunyi bahawa China dan ASEAN mesra dari segi kebudayan dan mempunyai kelebihan yang saling melengkapi dalam bidang ekonomi. Kedua-dua pihak merupakan tenaga yang baik dan juga rakan strategik yang penting. Kini, hubungan China-ASEAN sedang berada pada tempoh perkembangan yang amat baik. Dengan hal yang sedemikian, kerjasama ekonomi China-ASEAN di kawasan Teluk Beibu berfaedah bagi mempercepat dan memperkukuh kerjasama yang saling menguntungkan antara kedua-dua pihak.

1 2

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |