v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Pembangunan Zon Ekonomi Teluk Beibu Manfaatkan China-ASEAN

2007-02-08 14:47:15 CRI

Pengemukaan dan pelaksanaan strategi kerjasama ekonomi di kawasan Teluk Beibu akan memperkaya pengisian kerjasama China-ASEAN dan berfaedah bagi mendorong perkongsian sumber dan kerjasama serantau dalam bidang industri. Selain daripada itu, penglibatan China dan pelbagai negara ASEAN dalam kerjasama di kawasan Teluk Beibu juga berfaedah bagi meneroka potensi pasaran dan menjana pertumbuhan ekonomi serta menarik pelaburan dan penggunaan modal antarabangsa secara efisien. Hal itu dijangka akan meningkatkan kerjasama ekonomi dan perdagangan antarabangsa ke satu tahap yang lebih tinggi dan menambah daya saingan serantau.

Kawasan pesisir pantai Guangxi yang termasuk dalam lingkungan kawasan Teluk Beibu merupakan pintu utama bagi mengadakan perdagangan antara bahagian barat daya China dengan negara-negara ASEAN. Kawasan itu mempunyai potensi perkembangan yang besar kerana mempunyai kelebihan yang menonjol dari segi geogerafi dan sumber alam. Pembangunan Zon Ekonomi Teluk Beibu yang diusahakan oleh pihak Guangxi China selaras dengan globalisasi gobal dan integrasi ekonomi serantau serta strategi pembangunan negara. Perkara itu bukan sahaja mempunyai erti yang penting bagi merealisasikan kemakmuran tempatan dan mendorong pembangunan secara besar-besran di bahagian barat China, tetapi juga berfaedah bagi kemakmuran bersama China-ASEAN.

Rencana itu berpendapat bahawa usaha pembangunan Zon Ekonomi Teluk Beibu perlu dijalankan berdasarkan konsep pembangunan secara saintifik dan kelebihannya yang istimewa. Zon tersebut akan dibangunkan menjadi pangkalan dalam bidang pengedaran komoditi, perdagangan dan industri pembuatan serta pusat komunikasi bagi China-ASEAN. Walau bagaimanapun, pembangunan di kawasan Teluk Beibu merupakan satu projek besar yang bersifat sistematik dan juga menghadapi pelbagai cabaran. Oleh hal yang sedemikian, usaha pembangunan tersebut memerlukan kerjasama antara China dengan pelbagai negara ASEAN.

Pada penghujungnya, rencana itu berbunyi bahawa kawasan Teluk Beibu yang harmoni dan mampu berdaya saing bukan sahaja akan membawa manfaat kepada negara China, tetapi juga kepada seluruh dunia.


1 2

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |