v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

China-ASEAN Berusaha Dorong Kerjasama Pelancongan di Pankawasan Teluk Beibu

2007-05-10 18:32:57 CRI

Pantai Beihai, Guangxi China

Kini, jaringan perhubungan yang melibatkan laluan darat, laut dan udara telah dibentuk dengan semakin sempurna bagi menghubungkan China dengan pelbagai negara ASEAN. Perkara ini telah memudahkan perjalanan dan aktiviti pelancongan yang dilakukan antara pelbagai pihak. Kini, landasan kereta api telah menghubungkan Nanning, ibu kota Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi yang terletak di bahagian barat daya China dengan Hanoi, ibu negara Vietnam. Selain itu, laluan bas ekspres dari Beihai, Guangxi ke Vietnam juga telah mula beroperasi. Dalam laluan udara pula, penerbangan dari bandar Nanning dan Guilin, dua destinasi pelancongan yang terkenal di Guangxi ke negara ASEAN telah semakin bertambah berikutan dengan peningkatan jumlah pelancong dari negara-negara ASEAN.

Dalam tempoh cuti panjang sempena "Hari Pekerja" selama 7 hari yang bermula pada 1 Mei lalu, tiket kapal persiar dari Beihai ke Ha Long Bay, Vietnam amat laris dijual kerana laluan pelancongan itu diminati oleh ramai pelancong. Oleh yang demikian, dua buah kapal persiar mewah ulang-alik dari kedua-dua tempat itu tidak mencukupi bagi menampung bilangan pelancong yang semakin ramai.

Kini, Guangxi juga telah menjadi destinasi pelancongan yang diminati oleh para pelancong dari negara ASEAN. Naib Ketua Pengarah Jabatan Pelancongan Guangxi, Encik Xu Xiaojun berkata bahawa jumlah pelancong dari negara ASEAN ke Guangxi telah mencecah 400 ribu orang pada tahun 2006, sebahagian besar daripadanya adalah dari Vietnam yang bersempadan dengan Guangxi.

1 2

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |