
Ha Long Bay, destinasi pelancongan yang terkenal di Vietnam
Industri pelancongan tetap merupakan satu komponen yang penting dalam kerjasama China-ASEAN selama ini. Sejak tahun 1980-an, Malaysia, Singapura dan Thailand telah menjadi destinasi pelancongan yang amat dikenali oleh rakyat China. Kini, kerjasama pelancongan di Pankawasan Teluk Beibu telah mula menarik perhatian ramai berikutan dengan pengemukaan cadangan "Kerjasama Ekonomi Pankawasan Teluk Beibu."
Menurut Xu Xiaojun, Naib Ketua Pengarah Jabatan Pelancongan Guangxi bahawa negara di pesisir pantai Teluk Beibu mempunyai sumber pelancongan yang amat kaya terutamanya pemandangan alam semula jadi tropika yang unik dan iklim yang sesuai untuk melakukan aktiviti pelancongan dan bersantai. Sehubungan dengan itu, pembangunan industri pelancongan di Pankawasan Teluk Beibu telah menjadi usaha yang diutamakan oleh kerajaan Guangxi, China. Perkara ini juga telah menarik perhatian pelbagai negara ASEAN di pesisir pantai Teluk Beibu. Dalam "Forum Datuk Bandar Kerjasama Ekonomi Pankawasan Teluk Beibu" yang diadakan di bandar Beihai baru-baru ini, kerjasama bagi mendorong aktiviti pelancongan di pesisir pantai telah menjadi fokus hangat yang dibincangkan oleh para peserta. 1 2
|