v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

"Lawatan Kerjasama China-ASEAN" Berakhir

2007-06-14 16:19:27 CRI

Anggota Delegasi "Lawatan Kerjasama China-ASEAN" tiba di lapangan terbang Nanning, Guangxi China.

"Lawatan Kerjasama China-ASEAN" yang berlangsung selama 50 hari dengan perjalanan sejauh 20 ribu kilometer telah berakhir semalam. Kesemua anggota delegasi media China telah meninggalkan Manila, iaitu destinasi terakhir bagi aktiviti tersebut dan kembali ke Nanning, ibu kota Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi China.

Delegasi "Lawatan Kerjasama China-ASEAN" itu terdiri daripada wartawan media China termasuk Radio Antarabangsa China (CRI), Radio dan Televisyen Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi, serta Televisyen Phoenix Hong Kong. Mereka yang menaiki 9 buah kenderaan, berlepas dari Pingxiang, Guangxi, secara konvoi bagi mengadakan aktiviti liputan kesepuluh negara anggota ASEAN iaitu Vietnam, Kemboja, Laos, Myanmar, Thailand, Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei Darussalam dan Filipina. Aktiviti tersebut telah mencapai kejayaan dalam melaporkan hubungan persahabatan pelbagai negara anggota ASEAN dengan China, pembangunan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN, adat resam dan kebudayaan pelbagai negara anggota ASEAN dan lain-lain.

Ketua delegasi tersebut yang juga Naib Pengarah Jabatan Radio, Filem dan Televisyen Guangxi, Su Xinsheng berpendapat bahawa aktiviti tersebut telah mencipta sejarah baru dalam pertukaran antara pihak media China dengan ASEAN. Semasa menyentuh keistimewaan lawatan kali ini, beliau berkata: "Pertama, delegasi yang terdiri daripada pihak media China mengadakan liputan ke kesepuluh-sepuluh negara ASEAN. Kedua, jumlah delegasi anggota yang ramai iaitu terdiri daripada 40 orang. Ketiga, perjalanan yang sepanjang selama hampir 50 hari dan keempat, delegasi tersebut melawat 10 negara dengan sekali gus.

1 2

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |