v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

"Lawatan Kerjasama China-ASEAN" Berakhir

2007-06-14 16:19:27 CRI

Duta Besar China ke Brunei Darussalam, Puan Tong Xiaoling diwawancara oleh wartawan delegasi "Lawatan Kerjasama China-ASEAN" .

Lawatan delegasi tersebut juga mendapat perhatian dan sambutan penduduk tempatan pelbagai negara. Pihak media tempatan menyebut lawatan itu sebagai "Angin Putting Beliung China". Semasa mengadakan liputan di Vietnam, anggota delegasi tersebut telah bertemu dengan seorang pendengar CRI. Pendengar yang bernama Nguyen Thi Huong kebetulan nampak konvoi delegasi tersebut yang sedang dalam perjalanan, lalu beliau mengikutinya. Beliau berkata: "Tentulah saya mengalu-alukan kedatangan anda. Tak sangka dapat nampak lambang CRI pada kenderaan. Saya telah mendengar siaran CRI selama 6 tahun. Maka, semasa melihat lambang CRI, saya segera mendekatinya. Saya dengar anda bekerja di CRI, maka itulah sebabnya saya mengikuti anda."

Semasa diwawancara, tokoh-tokoh politik pelbagai negara anggota ASEAN telah memberi penilaian yang tinggi terhadap aktiviti tersebut. Speaker Dewan Perwakilan Filipina, Jose De Venecia berpendapat bahawa aktiviti kali ini merupakan langkah penting untuk meningkatkan pertukaran dan persefahaman antara rakyat ASEAN dengan China. Beliau berkata: "Delegasi itu berjaya melawat ke 10 buah negara. Ini merupakan pengalaman yang amat berharga. Ini amat bererti kepada China, rakyat China dan rakyat ASEAN. Semasa kami sedang mencuba menubuhkan Komuniti Asia Timur, pertukaran memang amat diperlukan untuk mewujudkan integrasi dalam bidang politik dan ekonomi. Kami telah memulakan proses itu pada tahun 2004 dan akan menyelesaikannya pada tahun 2010. Anda ialah sebahagian daripada proses ini."

Duta Besar China ke Brunei Darussalam, Puan Tong Xiaoling menjelaskan bahawa aktiviti ini akan meningkatkan persefahaman antara China dengan ASEAN dalam tiga aspek. Beliau berkata:

"Lawatan tersebut menggalakkan persefahaman antara rakyat China dengan negara anggota ASEAN, persefahaman rakyat ASEAN terhadap rakyat China, terutamanya hubungan China dengan ASEAN. Lawatan tersebut juga memainkan peranan yang positif bagi meningkatkan hubungan rakan strategik China-ASEAN."


1 2

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |