v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Konsep Kerjasama Ekonomi Pan Teluk Beibu Menuju ke Arah Pelaksanaan

2007-08-03 16:21:12 CRI

Teluk Beibu ialah sebuah teluk yang separuh tertutup dan dilingkari oleh daratan China, Vietnam dan pulau Hainan China. Pada tahun 2002, Wilayah Autonomi Entik Zhuang Guangxi China yang terletak di sebalah utara Teluk Beibu itu telah merancang penubuhan "Zon Ekonomi Lingkaran Teluk Beibu" yang merangkumi Guangxi, Guangdong dan Hainan China dan sebahagian negara Vietnam. Dalam Forum Kerjasama Pan Teluk Beibu Pertama yang diadakan pada tahun 2006, pihak penguasa Guangxi telah mengemukakan konsep "Kerjasama Ekonomi Pan Teluk Beibu" yang meliputi kawasan yang lebih luas berbanding dengan "Zon Ekonomi Lingkaran Teluk Beibu", sehingga merangkumi Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina dan Brunei.

Forum Ekonomi Pan Teluk Beibu selama dua hari telah diadakan di Nanning, ibu kota Wilayah Autonomi Etnik Zhuang, Guangxi China pada 26 Julai lalu. Pegawai-pegawai yang terbabti dalam isu pembangunan ekonomi dan strategi dari China dan pelbagai negara ASEAN yang berkenaan telah menghadiri forum tersebut. Para hadirin telah bersama-sama membincangkan langkah-langkah konkrit bagi menjayakan kerjasama Pan Teluk Beibu yang antaranya termasuklah, kerjasama dan pertukaran dalam bidang pengangkutan, pelabuhan, pengedaran komoditi, pelancongan dan kewangan serta pembentukan mekanisme kerjasama yang berkenaan.

Ketua Pengarah Institut Pengkajian Strategik dan Antarabangsa Malaysia, Dr. Mahani Zainal Abidin, Naib Menteri Sosial Indonesia, Anur Rofiq Hadi dan Naib Presiden Institut Pengkajian Pembangunan Filipina, Mario C. Feranil dan beberapa wakil lain dari negara ASEAN telah menyampaikan ucapan dalam forum tersebut yang membentangkan pendirian masing-masing tentang kerjasama ekonomi Pan Teluk Beibu dan penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN.

Konsep Kerjasama Pan Teluk Beibu telah mendapat perhatian dan sokongan daripada kerajaan China dan pelbagai negara ASEAN yang berkenaan. Presiden China, Hu Jintao dan Perdana Menteri, Wen Jiabao telah menyatakan sokongannya terhadap pembangunan Forum Kerjasama Ekonomi Pan Teluk Beibu. Perdana Menteri China, Wen Jiabao dalam Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan China-ASEAN Ke-3 yang diadakan di Nanning, China dan Sidang Kemuncak China-ASEAN Ke-10 yang diadakan di Cebu, Filipina telah dua kali menyarankan pelbagai negara berkenaan supaya "giat mengkaji kebolehlaksanaan kerjasama Pankawasan Teluk Beibu". Sementara itu, pemimpin pelbagai negara ASEAN juga telah memberi perhatian kepada konsep kerjasama tersebut.

1 2

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |