v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Konsep Kerjasama Ekonomi Pan Teluk Beibu Menuju ke Arah Pelaksanaan

2007-08-03 16:21:12 CRI

Pengemukaan konsep kerjasama ekonomi di pankawasan teluk Beibu mempunyai kaitan yang rapat dengan proses penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN. China dan ASEAN telah mula membuka pasaran perdagangan kargo antara satu sama lain pada bulan Julai tahun 2005 dan membuka pasaran dagangan perkhidmatan pada 2 tahun selepas itu. Perkara itu telah menyediakan syarat yang amat baik bagi perkembangan kerjasama di pankawasan Teluk Beibu, terutamanya kerjasama pengedaran kargo yang dijalankan oleh pelbagai pelabuhan China dan negara-negara ASEAN. Berdasarkan statistik didapati bahawa antara jumlah keseluruhan dagangan China-ASEAN yang mencatat 160.8 bilion dolar Amerika pada tahun 2006, perdagangan kargo yang bernilai lebih 10 bilion dolar Amerika telah dijalankan oleh pelabuhan-pelabuhan di sepanjang pesisir pantai di pankawasan Teluk Beibu.

Selain itu, kerjasama antara pelbagai negara di pankawasan Teluk Beibu dalam dagangan perkhidmatan bersifat saling melengkapi kerana sektor perkhidmatan di pelbagai negara adalah berbeza dari segi asas, skop ataupun strukturnya. Kini, perusahaan-perusahaan dari Malaysia, Thailand dan beberapa negara lain telah mengadakan pelaburan dalam sektor pengedaran komoditi di Guangxi, China.

Bolehlah dikatakan bahawa platform dan mekanisme Pankawasan Teluk Beibu telah mula terbentuk secara asasnya. Pelbagai negara berkenaan telah bersetuju untuk menubuhkan satu kumpulan pakar bagi sama-sama membincangkan langkah-langkah lanjut yang konkrik dan selanjutnya bagi memperkukuh kerjasama Pan Teluk Beibu.

Naib Ketua Setiausaha Majis Perniagaan China-ASEAN, Encik Xu Ningning berpendapat bahawa kerjasama Pan Teluk Beibu telah mempunyai matlamat yang lebih jelas. Semasa memberi penilaian tentang kerjasama ekonomi Pan Teluk Beibu, beliau berkata: "Kerjasama itu berfaedah bagi memperkukuh hubungan antara China dengan ASEAN dan berfaedah bagi kerjasama menyeluruh antara kedua-dua pihak, terutamanya penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN."

Kini, konsep kerjasama ekonomi Pan Teluk Beibu telah berkembang ke arah pelaksanaannya. Dijangkakan bahawa kerjasama itu akan menunjukkan kerancakannya dan menjadi satu komponen penting dalam kerjasama penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN pada masa akan datang.


1 2

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |