8 Ogos ini ialah hari peringatan Ulang Tahun ke-40 penubuhan ASEAN. Duta Besar Myanmar ke China, U thein lwin semasa diwawancara oleh wartawan CRI menyatakan bahawa proses integrasi ASEAN akan mempercepat pertumbuhan ekonomi pelbagai negara anggota ASEAN dan meningkatkan prestasi ASEAN di arena antarabangsa. Hal ini akan memberi manfaat kepada semua negara anggota ASEAN.
Duta Besar Myanmar ke China, U thein lwin dalam wawancara itu menyatakan bahawa tahun 2007 ini mempunyai erti yang istimewa bagi ASEAN dan negara Myanmar kerana tahun ini bukan sahaja merupakan ulang tahun ke-40 penubuhan ASEAN, tetapi juga ulang tahun ke-10 keanggotan Myanmar ke dalam ASEAN. Beliau berkata: Myanmar sentiasa berusaha untuk membangunkan negara ke arah yang lebih demokratik dengan sistem undang-undang yang lebih sempurna. Sejak keanggotaannya ke dalam ASEAN pada tahun1997, Myanmar mula mengambil bahagian dalam pelbagai urusan ASEAN dan berusaha memberi sumbangan ke arah kedamaian dan perkembangan ekonomi serantau. Hal ini amat bererti bukan sahaja bagi negara Myanmar, tetapi juga bagi ASEAN.
Terdapat jurang perbezaan yang agak besar antara pelbagai negara ASEAN dalam taraf perkembangan ekonomi. Demi mengatasi masalah tersebut, ASEAN telah mengambil pelbagai langkah untuk mendorong proses integrasi ASEAN, terutamanya penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN. Perkara ini telah memainkan peranan yang positif dalam mendorong pertumbuhan ekonomi Myanmar.
Encik U thein lwin berkata: "Sebagai salah sebuah negara anggota ASEAN, Myanmar aktif menjalankan kerjasama dan pertukaran dengan pelbagai negara ASEAN yang lain dalam bidang ekonomi, sains dan teknologi baru. Kursus dan latihan sumber manusia yang diadakan oleh ASEAN bagi memperkecil jurang taraf pembangunan antara pelbagai negara anggota telah memberi sokongan besar kepada Myanmar. Sejak bertahun-tahun, jumlah perdagangan antara Myanmar dengan pelbagai negara ASEAN yang lain telah bertambah secara ketara."
1 2
|