v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Duta Besar Myanmar ke China: Pembangunan ASEAN Untungkan Semua Negara Anggota

2007-08-10 15:16:42 CRI

Duta Besar U thein lwin berpendapat bahawa sebagai sebuah pertubuhan serantau, ASEAN bukan sahaja aktif mengambil bahagian dalam pelbagai urusan Asia Tenggara dan Asia-Pasifik, malah telah memainkan peranan penting dalam menangani pelbagai isu antarabangsa. Beliau berkata: "Forum Serantau ASEAN (ARF) yang dianjurkan oleh ASEAN merupakan satu-satunya forum tentang isu keselamatan di rantau Asia-Pasifik yang membolehkan pelbagai negara berkenaan dapat membincangkan isu keselamatan antarabangsa dan serantau bersama-sama. Hal ini adalah berfaedah bagi kedamaian serantau malah seluruh dunia. Selain itu, Dalam "Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama Asia Tenggara" yang dikemukakan oleh ASEAN telah menetapkan pinsip hidup bersama secara damai bagi perhubungan antarabangsa. Prinsip itu telah mendorong usaha-usaha negara ASEAN dan pelbagai negara lain untuk mengembangkan hubungan persahabatan dengan dunia luar."

Semasa menghuraikan "Piagam ASEAN" yang dijangka akan ditandantangai dalam Sidang Kemuncak ASEAN Ke-13 pada akhir tahun ini, Duta Besar U thein lwin menyatakan bahawa penandatanganan "Piagam ASEAN" mempunyai erti yang amat penting bagi mendorong kerjasama antara pelbagai negara anggota ASEAN. Beliau berkata: "Berdasarkan perubahan situasi pada masa ini, pemimpin-peminpin negara ASEAN berpendapat bahawa sebua asas undang-undang untuk menyusun mekanisme sedia ada dan membaiki proses membuat keputusan adalah perlu bagi ASEAN. "Piagam ASEAN" yang disifatkan sebagai perlembagaan bagi ASEAN akan menjadikan ASEAN lebih bersepadu dan lebih berkemampuan untuk menghadapi pelbagai cabaran serta membolehkan ASEAN memainkan peranan yang lebih positif dan besar dalam isu-isu politik dan ekonomi antarabangsa.

Semasa memperkatakan hubungan antara ASEAN dengan China, Duta Besar U thein lwin menghuraikan bahawa China berperanan penting dalam proses pembangunan ASEAN. "Sidang Kemuncak Memperingati Ulang Tahun Ke-15 Penjalinan Hubungan Dialog China-ASEAN" yang diadakan dengan jayanya pada tahun lalu telah menambah persefahaman antara ASEAN dengan China. Negara-negara ASEAN telah melahirkan rasa berpuas hati terhadap perkembangan hubungan ASEAN-China. U thein lwin memberikan penilaiannya bahawa: "Jumlah dagangan China-ASEAN telah mencecah 160 bilion dolar Amerika pada tahun lalu, pelaburan tetap yang dilakukan oleh negara-negara ASEAN di China juga telah melebihi 3 bilion dolar Amerika. Saya yakin melalui Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-China, kerjasama ekonomi dua hala ASEAN-China akan berkembang dengan lebih pesat. Sementara itu, pertukaran dan kerjasama antara kedua-dua pihak dalam bidang teknologi dan antara kalangan rakyat serta pucuk pimpinan telah ditingkatkan dari semasa ke semasa. Kini, kedua-dua pihak sedang giat berusaha untuk merealisasikan matlamat dalam "Perjanjian Rangka Kerjasama Ekonomi secara Menyeluruh China-ASEAN" pada tahun 2010. Perkara ini pastinya membawa kerjasama perdagangan kargo dan perkhidmatan kedua-dua pihak meningkat ke satu tahap yang lebih tinggi.


1 2

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |