v Mengenai Siaran Bahasa Melayu CRIv Mengenai CRI
Laman UtamaBahasa Mandarin di Udara | China ABC | Sukan Olimpik Beijing

Berita | Kebudayaan & Hiburan | Pelancongan | Sinar Islam | MasyarakatPendengar | China-ASEAN |

Duta Besar Kemboja ke China: ASEAN Sediakan Platform kepada Komboja Menutu ke Arena Antarabangsa

2007-08-17 18:40:34 CRI

Duta Besar Kemboja ke China, Puan Khek Caimealy Sysoda telah diwawancara oleh wartawan CRI sempena ulang tahun ke-40 penubuhan ASEAN baru-baru ini. Dalam wawancara itu, Puan Khek Caimealy Sysoda telah menyanjung tinggi peranan yang semakin penting yang dimainkan oleh ASEAN dalam isu serantau dan antarabangsa dalam tempoh 40 tahun lalu. Di samping itu, beliau juga telah memberi penghargaan yang positif kepada peningkatan hubungan antara China dengan pelbagai negara ASEAN dalam bidang politik, keselamatan dan ekonomi.

Puan Khek Caimealy Sysoda baru menyandang jawatan sebagai Duta Besar Kemboja ke China dan ini juga merupakan kali pertama bagi beliau menerima wawancara daripada pihak media China.

Dalam wawancara itu, terlebih dahulu Puan Khek Caimealy Sysoda telah mengimbas kembali proses perkembangan ASEAN sejak ditubuhkan. Beliau memaklumkan bahawa ASEAN telah ditubuhkan pada 8 Ogos tahun 1967. Sejak keanggotaan Kemboja dalam ASEAN pada Ogos tahun 1999, prestasi dan peranan yang dimainkan oleh Kemboja di arena antarabangsa telah semakin meningkat dan ditumpu perhatian oleh masyarakat antarabangsa. Beliau berkata: "Semua negara anggota ASEAN mempunyai hak yang sama rata tanpa mengira negara itu besar ataupun kecil. Sejak menganggotai ASEAN, Kemboja telah mempunyai prestasi yang semakin meningkat dalam menangani pelbagai urusan serantan dan antarabangsa dan berjaya menganjurkan siri sidang ASEAN. Keanggotaannya ke dalam ASEAN telah menyediakan satu platform kepada Kemboja untuk meningkatkan kerjasama secara berterusan dengan pelbagai negara ASEAN yang lain dalam bidang politik, ekonomi dan keselamatan.

Pada tahun 2005, pemimpin-pemimpin negara ASEAN telah mengemukakan cadangan tentang penggubalan "Piagam ASEAN" agar menjadikan ASEAN sebagai satu institusi formal yang mempunyai personaliti dalam undang-undang. Duta Besar Khek Caimealy Sysoda berkata: "Piagam ASEAN dijangka akan ditandatangani oleh pemimpin-pemimpin negara ASEAN dalam Sidang Kemuncak ASEAN Ke-13 yang akan diadakan di Singapura pada November ini. Dalam Piagam ASEAN itu akan ditetapkan kerja-kerja pembaharuan terhadap mekanisme ASEAN yang sedia ada serta hala tuju dalam pembangunan ASEAN dan membolehkan negara anggota ASEAN menangani pelbagai masalah bersama dengan lebih baik.

1 2

  Berita Berkaitan

  Ulasan
 
Radio Antarabangsa China
>>Ramalan Cuaca
>>Perkhidmatan
  • Penyiar-penyiar Anda
  • Panduan Siaran
  • Waktu Solat di China
  • >>Ruangan Pendengar
    Bertemu 2008---Sukan Olimpik Beijing (4):Bandar Kerjasama Sukan Olimpik Beijing
    >>Undian
    |  Hubungi Kami  |